Ahad, 28 Mac 2010

Buah hati Shasha Saidin


Shasha Saidin bersama anak lelakinya ketika ditemui bersiar-siar di pusat membeli belah Wangsa Walk Mall, Kuala Lumpur petang semalam. Putera sulung yang diberinama Adam Ariyasenna Notosoemarsono, hasil perkongsian hidup bersama suami Salyo Priyanto kini berusia 6 bulan ini nampaknya sangat aktif bermain. Biarpun panjang lebar namanya, Shaha hanya memanggilnya Ariya."Notosoemarsono adalah nama Jawa dari keturunan sebelah suami. Lepas ini kalau ada rezeki dapat anak lagi, saya akan berikan nama Melayu pula, ataupun nama-nama dari keluarga saya. Biar nampak pelbagai bangsa."Kami memang berhajat ingin memiliki keluarga besar. Selain mengukuhkan lagi ikatan suami isteri, memang semua akui kehadiran anak-anak ini dapat memberi kebahagian dan kecerian dalam rumah," katanya

Tiada ulasan:

Catat Ulasan