Dunia Akhir Zaman….Ada Golongan Yang Beriman Di Pagi Hari Kemudian Kafir Di Petang Hari…Beriman Di Malam Hari Kemudian Kafir Di Pagi Hari...........
Rabu, 31 Mac 2010
Gambar Intan Sarafina Dan Anak Kesayangan
Intan Sarafina, penyanyi yang terkenal kerana keseksiannya kini dah menjadi isteri dan juga ibu kepada seorang anak. Anaknya yang bernama Megat Evan Raez, nama cukup menarik dan begitu kacukan. Perkembangan anaknya yang kini sudah berusia nak 6 bulan dah pandai meniarap. Comel memang comel anak dia, macam mak dia juga, tapi mak dia masih lagi mengekalkan kejelitaan dengan gaya 'hot' tu. Kira 'mummy hot' lah Intan Sarafina ni.
Ahad, 28 Mac 2010
Buah hati Shasha Saidin
Shasha Saidin bersama anak lelakinya ketika ditemui bersiar-siar di pusat membeli belah Wangsa Walk Mall, Kuala Lumpur petang semalam. Putera sulung yang diberinama Adam Ariyasenna Notosoemarsono, hasil perkongsian hidup bersama suami Salyo Priyanto kini berusia 6 bulan ini nampaknya sangat aktif bermain. Biarpun panjang lebar namanya, Shaha hanya memanggilnya Ariya."Notosoemarsono adalah nama Jawa dari keturunan sebelah suami. Lepas ini kalau ada rezeki dapat anak lagi, saya akan berikan nama Melayu pula, ataupun nama-nama dari keluarga saya. Biar nampak pelbagai bangsa."Kami memang berhajat ingin memiliki keluarga besar. Selain mengukuhkan lagi ikatan suami isteri, memang semua akui kehadiran anak-anak ini dapat memberi kebahagian dan kecerian dalam rumah," katanya
Dr. Fazley Menimang Putera Kedua
Sebagai seorang perunding motivasi, penulis, usahawan, pengacara, penyanyi, pelakon dan juga model terkenal, Fazley yang bakal memasuki usia 32 tahun menerima perkhabaran gembira apabila isterinya, Azrene Soraya selamat melahirkan putera kedua mereka, pagi Ahad lalu (21/3). Anak kedua itu diberi nama Fieradz atau nama timangannya Piyash. Bayi seberat 2.8 kilogram itu dilahirkan di sebuah hospital swasta di ibu negara menerusi pembedahan.
Langgan:
Catatan (Atom)