Selasa, 8 Jun 2010

Bayi baru


Komposer, pengarah dan penyanyi terkenal, Edry Abdul Halim menyambut kelahiran anak keempatnya, Elya semalam.Bayi perempuan seberat 3.34 kg itu dilahirkan secara normal di Pusat Perubatan Subang Jaya (SJMC) pada pukul 8.30 pagi semalam.“Ikutkan tarikh kelahiran Elya adalah minggu depan. Tetapi nampaknya dia tak sabar nak "keluar" lebih awal dari waktunya.“Kelahiran Elya sangat bermakna bagi saya sekeluarga kerana tarikh 7 Jun bukan sahaja tarikh kelahirannya malah juga tarikh lahir salah seorang dik saya dan ulang tahun perkahwinan ibu bapa saya.Menurut Edry, 34, nama Elya adalah gabungan namanya dengan isteri, Milia Mohamad, 35, sama seperti nama anak-anaknya yang lain iaitu Emil, 10, Edylia, 7, dan Emery, 3.“Kami rasa dah cukup empat orang anak kerana itupun dah ramai. Saya mahu lebih banyak rehat dan fokuskan kepada isteri dan anak-anak yang ada.“Walaupun isteri tidak bekerja dan merupakan suri rumah sepenuh masa, namun saya mahukan kami berdua menumpukan waktu yang berkualiti untuk anak-anak,” beritahunya lagi.

Isnin, 7 Jun 2010

bertunang


Namun begitu, hujung minggu lalu, kita dikejutkan dengan kehadiran sekeping kad yang disampaikan oleh seorang kenalan lama.kad berkenaan merupakan kad kahwin teman itu tadi, namun selepas dibuka sampulnya rupa-rupanya ia adalah kad pertunangan Jimmy.
Jimmy bakal mengikat tali pertunangan dengan Suhaila Eliani Datuk Suhaimy. Suhaila merupakan anak kepada seorang pengasas produk kecantikan yang popular.
Pasangan berkenaan difahamkan akan bernikah dan bersanding pada bulan Oktober depan jurusolek ternama tanah air, Zulfazli Suhadi telah dipilih sebagai jurusolek untuk majlis persandingan itu.
Pilihan yang dibuat oleh Jimmy dan Suhaila memang tepat kerana tiada siapa yang boleh menyangkal sentuhan emas Zulfazli yang sudah menata rias wajah banyak muka termasuk golongan selebriti.

अज़ीज़ निकाह dah


PENGARAH filem dan drama popular Aziz M. Osman pernah berhadapan dengan pelbagai liku dalam kehidupan rumah tangganya sebelum ini.
Setelah mahligai yang dibina bersama pelakon yang juga produser Nur Aliah Lee atau Vee selama 15 tahun runtuh tiga tahun lalu, Aziz sekali lagi diuji apabila perkahwinannya dengan Nor Radhiah Ramli musnah sekelip mata selepas perkahwinan mereka dibatalkan kerana ustazah dari Terengganu itu dilaporkan masih dalam tempoh edah ketika bernikah dengan Aziz.Dua tahun peristiwa itu berlalu, hati pengarah filem XX Ray ini kembali 'berbunga' setelah bertemu dengan buah hati yang kini sah bergelar surinya, Puteri Lily atau nama sebenarnya Puteri Sarbainun Lokman, yang berusia 21 tahun itu.Aziz,48, dan Puteri Lilly selamat diijabkabulkan di Masjid Negara semalam. Dengan sekali lafaz, dia sah menjadi suami kepada Puteri Lilly. Upacara akad nikah dilakukan sendiri oleh bapa pengantin perempuan, Lokman Ghani hadapan Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk Jabatan Agama Islam Wilayah (Jawi) Abdullah Hashim serta ahli keluarga