Ahad, 4 Julai 2010

समां cantik


Pergh. Si mak (Normala Shamsuddin) memang dah cantik. Tengok-tengok anak dia, Ruhilla Roslan lagi super duper cantik punya. Memang dapat gen mak dia. Si Ruhilla nie baru berumur 17 tahun je. Sekarang nie masih belajar di Tunku Kursiah College (TKC). Kalau tak silap, bakal amik SPM tahun nie.

Kalau si Ruhilla nie lepas habis belajar nanti nak jadi artis confirm laku gila-gila punya. Muka dia ada ala-ala pelakon Indonesia. Unik sikit. Tapi yang penting kasik dapat result SPM yang elok dulu. Education first. Benda-benda berlakon atau entertaiment nie belakang kira.

Alhamdulillah


Ramai yang tidak menyedari akan datangnya kematian pada dirinya mereka, saling berfoya-foya, membuat maksiat, dan pelbagai lagi dosa yang dilakukan saban hari. Bila nak mati, disitulah segala amalan akan terputus, dan lebih dasyat lagi terus gol ke Neraka. Nauzubillah. Nur Fazura diantara artis yang bakal mengubah corak hidupnya tidak lama lagi. Ini dibuktikan apabila Fazura menerima pandangan orang mengenai kematian dalam Facebook miliknya. Baguslah kalau ada perubahan/kesedaran macam ini. Diharap Fazura dilimpahi taufik dan hidayah daripada Allah SWT.

Kajol


AKTRES Bollywood, Kajol yang sedang mengandung anak kedua tidak menjaga pantang larang dan diet ketika mengandung.
Khabarnya, Kajol akan makan apa sahaja yang dimahunya tanpa rasa bersalah. Dia juga tidak perlu bersukan atau menjaga badan ketika hamil mengambil peluang itu secukupnya untuk manikmati makanan.
Sebuah sumber yang dekat dengannya mengatakan bahawa akhir-akhir ini Kajol sangat bernafsu dengan makanan India Selatan.
Baru-baru ini juga Kajol telah meminta Muthuswami, seorang tukang masak yang terkenal dari Mumbai untuk memasak di rumahnya.

cutenya


PENGACARA dan pelakon Serina Redzuawan memang terkenal dengan celoteh dan keramahannya seperti bapanya, chef selebriti tersohor, Datuk Chef Wan.
Namun, jangan ada yang tidak tahu, wanita yang sedang hamil bayi lelaki hampir enam bulan itu akan menjadi pendiam apabila bersama-sama suaminya, Gavin Edward O'luanaigh atau nama Islamnya Salahudin Ghafar.
“Saya akan menjadi pendiam bila dengan suami kerana kami lebih suka menumpukan kepada aktiviti yang dilakukan seperti berenang dan bermain PS2,” katanya semasa majlis sambutan hari lahir abangnya, Chef Riz.
Pelakon drama Akademi Polis dan Roda-Roda Kuala Lumpur itu juga tidak terlalu manja dan menyuruh suaminya mendapatkan makanan jika mengidam.
“Saya tak pernah minta dia belikan apa-apa makanan Melayu sebab suami saya tidak mengetahui tentang makanan itu. Misalnya kalau saya mengidam mangga muda, mesti dia akan bertanya semula kepada saya bagaimana hendak mencari makanan itu.
“Jadi, saya lebih selesa untuk mencarinya sendiri. Tetapi setakat ini, suami ada membelikan makanan semasa saya mengidam hendak makan spaghetti bolognese,” katanya yang hadir bersama ibunya, Norhayati Ayob.
Serina “Saya juga mengemas rumah dan memasak sendiri. Sesibuk mana pun, saya perlu melakukan tanggungjawab sebagai seorang isteri dan pastikan makan, pakai suami saya cukup,” ceritanya penuh ramah.Dalam teruja menantikan kelahiran bayi sulungnya itu, Serina sudah mula sedikit demi sedikit memikirkan tentang persediaan sebelum dan selepas bersalin.“Walau sakit macamana sekalipun, kalau boleh saya nak bersalin secara normal,” tuturnya.