Rabu, 16 Jun 2010

hmmmmmmmmm


Suhaimy, pengacaraAkademi Fantasia musim ke lapan (af8), Jimmy Shanley menafikan dia memilih anak jutawan hanya kerana harta.
"Saya tidak pernah memilih untuk berkawan dengan perempuan yang berlatarbelakang daripada keluarga yang mewah.
"Pertemuan kami tidak dirancang sama sekali dan soal status kehidupan keluarganya itu hanyalah secara kebetulan sahaja. Tuduhan kononnya pertunangan itu disebbakan faktor lain adalah satu tuduhan mereka yang tidak mengelai saya," katanya yang telah melangsungkan pertunangan dengan anak kepada pengasas produk kecantikan Natasya.
Jimmy yang akan menamatkan zaman bujangnya pada Oktober tahun ini selamat bertunang dengan Nursuhaila Eliani di rumah pihak perempuan di Sunway Rahman Putra, Sungai Buloh, Jumaat lalu.
Ketika mengimbau kembali detik pertemuan pasangan itu, kisah cinta mereka terjalin sejak Jimmy bertemu dengan Nursuhaila di Genting Highlands sewaktu dia menjalani rakaman Trek Selebriti bersama Noni AF pada pertengahan tahun 2006.
“Nursuhaila merupakan peminat saya dan mahu mengambil gambar dengan saya ketika kami bertemu waktu itu.
“Selepas empat tahun, saya diundang menghadiri majlis hari jadinya pada 31 Januari lalu.
"Sejak itu kami menjadi rapat dan akhirnya saya melamarnya pada bulan lalu ketika AF8 hampir melabuhkan tirainya,” kata Jimmy
Majlis pertunangan itu dihadiri kira-kira 300 yang terdiri daripada keluarga dan sanak-saudara kedua-dua belah pihak.
Sementara Jimmy yang merupakan anak yatim piatu dan bongsu daripada lapan beradik itu ditemani keluarga terdekat yang terdiri daripada abang dan kakaknya.
Tahun ini ramai dikalangan rakan bertunang, berkahwin dan menimbang anak.... tapi kawan yang satu ini belum ada bunyi, bunyi apa hal

ही zahidah


Apa perkara negatif yang tidak dikaitkan dengan Zahida?
Namanya sering dikaitkan dengan orang kenamaan atau VIP. Ada yang mengatakan kemewahan yang dinikmati itu kerana dia 'dibela' oleh orang kenamaan, kaya dan berpengaruh.
Malah lebih ekstrem lagi, ada mendakwa kononnya dia menjual tubuh untuk hidup mewah.
Semua dakwaan itu bersifat menghina dan mengkeji kerana hidup sebagai perempuan simpanan bukanlah perkara yang wajar dibanggakan. Ia menyalahi hukum agama dan melanggar batas susila orang Melayu.
Mujur Zahida seperti yang disebut di atas, tidak mudah melenting. Jauh sekali untuk menuding jari kepada pihak lain. Hakikatnya, dakwaan liar itu sangat mengguris hati ibu bapanya - insan yang sangat dihormati dan disayangi.
b"Saya sendiri tiada jawapan kenapa sejak menjadi artis tidak habis-habis saya dikaitkan dengan VVIP. VVIP tidak pernah hadir dalam hidup saya," luahnya dalam nada tenang namun penuh makna.
Yang terus menjadi tanda tanya dalam dirinya, kenapa orang ramai sibuk mendakwa dia 'dibela' oleh VVIP sedangkan dia masih tinggal sebumbung dengan orang tua. Segala pergerakannya sentiasa dimaklumkan kepada mereka.

राम्लाह ram


Selepas membuat pengumuman untuk berpisah dengan suaminya Kamal Roslim, penyanyi Ramlah Ram akan muncul dengan sebuah konsert sempena 25 tahun penglibatannya dalam bidang seni.
Konsert yang diberi nama Malam Gala 25 Tahun Ramlah Ram itu akan diadakan pada 9 Oktober akan datang di Hotel Impiana, Kuala Lumpur anjuran Kumpulan Penyokong Ramlah Ram (RRG). Ia dijangka berlangsung selama tiga jam bermula 8.30 malam.
Semalam dalam sidang media yang sama Ramlah membuat kejutan apabila memaklumkan rumah tangganya yang dibina sejak tahun 2000 dengan Penerbit Sukan di RTM, Kamal Roslim sudah tidak lagi bahagia dan mengesahkan untuk bercerai.
Hasil perkahwinan mereka selama sepuluh tahun tidak dikurniakan cahaya mata.
Krisis keretakan rumah tangga Ramlah dan Kamal telah kedengaran sejak sekian lama tetapi Ramlah cuba menafikan khabar angin tersebut.
Bekas juara Bintang RTM tahun 1985 itu juga berjanji akan memaklumkan statusnya dengan Kamal apabila kes berkenaan dibawa ke mahkamah syariah nanti.

haiiiiiiiiii


HAMPIR semua akhbar hujung minggu memaparkan kisah Tiz Zaqyah menjadi penggoda. Dia juga dikatakan berebut lelaki dengan Fasha Sandha. Pelakon muda ini tidak cepat melenting apabila ditanya perkara itu. Malah sepanjang perbualan dengan Hip, suara Tiz yang namanya mula dikenali menerusi drama Nurkasih, ini cukup tenang. Baginya, sejak ada angin lintang yang membawakan perkhabaran kononnya dia seorang yang miang apabila cuba mengganggu kekasih pelakon terbabit dengan menghubungi jejaka itu menerusi telefon pada jam 4 pagi untuk tujuan melepak, dia sudah bersedia untuk berdepan dengan apa saja kemungkinan.Memegang prinsip berani kerana benar, Tiz Zaqyah berkata tidak ada apa perlu yang disembunyikan kerana dia tidak pernah melakukan perkara seperti yang dihebohkan
Hip: Apakah benar Tiz ada menghubungi kekasih Fasha pada jam 4 pagi seperti yang dihebohkan ketika ini?
Tiz: Tidak. Saya tidak pernah melakukan perkara itu. Saya mendapat tahu mengenai gosip ini pun apabila ada seorang teman memberitahunya. Memang terkejut kerana perkara itu tidak benar sama sekali. Saya sendiri hairan bagaimana gosip seperti ini boleh timbul.
: Tiz kenal dengan lelaki yang digosipkan dengan Tiz itu?
Tiz: Ya, saya kenal dan kami pernah keluar beramai-ramai dengan kawan-kawan lain termasuk Fasha sendiri. Disebabkan kami adalah kawan, mana mungkin saya tergamak untuk mengkhianati kawan sendiri.
Hip: Jika betul Tiz tidak melakukan perkara itu, Tiz berani untuk bersemuka dengan Fasha untuk menjelaskan perkara yang sebenar.
Tiz: Saya tak ada masalah dengan Fasha. Sejak mengenalinya beberapa bulan lalu, saya anggap Fasha macam kawan-kawan saya yang lain. Mungkin saya bertemu dengan Fasha untuk bertanyakan perkara ini tetapi bukanlah untuk masa terdekat ini. Tidak perlu tergesa-gesa kerana ia memang tidak pernah berlaku.