Sabtu, 20 Mac 2010

Pernikahan Zizan Dan Fazilah Hani


Pelakon Zizan Nin, 37, sah bergelar suami kepada pembaca berita ntv7, Fazilah Hani Harun, 30, tepat jam 9.40 malam tadi di Masjid Negara setelah tiga bulan mengikat tali pertunangan.
Pasangan ini dinikahkan oleh Pendaftar Persekutuan, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Abdullah Hashim berwalikan bapa pengantin perempuan Datuk Harun Hashim dengan mas kahwin sebanyak RM 651. Dengan hanya sekali lafaz, Zizan yang kini memikul tanggungjawab sebagai suami menzahirkan rasa syukur kerana majlis yang dirancang sejak beberapa bulan lalu berjalan dengan lancar.
Pada majlis itu, Hani menerima tujuh dulang hantaran termasuk wang hantaran berjumlah RM20,000 dan membalas kepada Zizan dengan sembilan dulang hantaran. Antara barang hantaran yang diberi pihak Zizan kepada Hani terdiri dari Sirih junjung, kain telekung, beg tangan, Kasut, Mas kahwin bernilai RM 651, cek bernilai RM20,000, dan barangan mekap.
Manakala Zizan pula menerima Al-Quran, Manisan, tali pinggang, set penjagaan kuilit, minyak wangi, kasut, kemeja, minyak wangi dan sirih junjung. Pasangan pengantin ini akan diraikan dalam majlis resepsi pada malam esok di Dewan Perdana Felda, Kuala Lumpur.

Khamis, 18 Mac 2010

Dynas Mokhtar Ceria Meraih Acara Baby Shower


Setelah mengalami kisah sedih dan duka kerana akibat dek keguguran tahun lepas, kini Dynas masih lagi boleh lagi melahirkan zuriat, dan kini dia mengandung lagi, tapi belum 'kembang' sepenuhnya lagi perutnya. Walaupun masih lagi dalam proses kehamilan, namun Dynas tetap ceria melaksanakan dan meraihkan acara Baby Shower yang diadakan baru-baru ini.

Rozita Che Wan selesa seksi


Penampilan Rozita Che Wan sekarang sudah semakin seksi berbanding di awal kemunculannya dahulu. Dahulu, pelakon berstatus janda ini jarang memakai pakaian pendek, tetapi kini dia nampak selesa mengenakan skirt atau gaun yang menyerlahkan kedua belah kakinya. Malah, pelakon jelita ini juga sering mengenakan pakaian ketat sehingga menyerlahkan bentuk badannya.“Mungkin orang tidak perasaan dengan saya dahulu. Entahlah, saya pun tidak tahu hendak komen macamana. Saya ni suka ikut ‘mood’ dalam berpakaian. Sekarang ini ‘mood’ saya memang hendak pakai skirt sahaja, sebab itu kalau pergi mana-mana acara, saya akan pakai skirt. Kalau orang kata saya terlampau seksi, saya tidak setuju. Penampilan saya biasa sahaja. Lagipun, saya tahu batasnya. Paling penting, saya selesa dengan penampilan saya sekarang ini,” jelas Rozita.Terlanjur bercerita tentang cantik, pelakon yang terkenal dengan bulu mata palsu ini juga sempat memberitahu yang dia langsung tidak kisah dengan cakap-cakap yang mengatakan dia sering mengenakan mekap tebal.“Biarlah orang hendak kata saya mekap tebal pun, saya tidak kisah dengan semua itu. Apa yang hendak saya lakukan kepada wajah saya, itu hak saya. Sebagai seorang artis saya perlu jaga penampilan. Lagipun, saya tidak kacau orang lain. Jadi, biarkan orang berkata. Itu hak mereka,” ujar Rozita yang mengakui dia seorang yang cerewet dalam pemakaian dan solekan.

Rabu, 17 Mac 2010

Fasha nangis lepas dimarah Zamarul?



Pelakon kontroversi Fasha Sandha sekali lagi dikatakan punca keretakan rumahtangga orang.Kali ini membabitkan rumahtangga pasangan pelakon Zamarul Hisham dan Diana Rafar. Mahligai yang dibina Zamarul dan Diana sejak Mei tahun lepas dikhabarkan bergolak gara-gara tindakan Fasha memuat turun gambarnya bersama Zamarul dalam satu forum menerusi blog Dramafilmakers.Ekoran tindakan Fasha itu, Zamarul dikatakan naik angin dan memarahi Fasha di lokasi penggambaran drama ‘Dia Atilia’ sehingga Fasha menangis. Menurut sumber, Zamarul marah kerana tindakan Fasha yang memuat turun gambar itu tanpa kebenarannya. Pada mulanya Diana agak keberatan untuk ditemubual, namun akhirnya Diana sudi bekerjasama. Apabila ditanya sejauh mana kebenaran suaminya itu memarahi Fasha di lokasi, Diana menjawab, “Diana tak nampak situasi itu. Diana pun dengar dari krew-krew, so Diana tak nak komen lebih-lebih tentang perkara ini.“Gambar tu takde apa-apa pun, gambar pose je. Fasha dalam karakter dia dan Zamarul dalam karakter dia. Cuma Zamarul sakit hati bila Fasha keluarkan gambar Zamarul tanpa pengetahuan Zamarul. Prinsip Zamarul dia memang tidak gemar gambarnya dimuat turun di mana-mana

Rozita Che Wan Mahu Berundur Sebab Letih?


Itulah yang diluahkan kepada wartawan Metro Ahad, laporan baru-baru ini - 'Rozita tak merajuk'. Namun keputusan Rozita Che Wan bukan kerana akan berkahwin tetapi kerana sudah letih dengan berlakon dan gosip yang tak habis-habis melanda dirinya yang mengaibkan bukan saja dia tetapi keluarga.
Mengikut rasionalnya, inilah masa paling sesuai untuknya berundur, ketika dia masih popular dan orang akan mengingatinya. Meninggalkan dunia lakonan, ibu tunggal ini akan terjun pula ke bidang perniagaan. Produk yang bakal dipasarkan kira sesuai dengan minatnya, iaitu bulu mata palsu.

Anak angkat Umie Aida


Kasih sayang Umie Aida terhadap Mohd. Dzulhelmy, 16, dan Mohd. Daniel Firdaus, 17, ibarat ibu terhadap anak kandungnya sendiri. Ini kerana, dua anak angkat itu telah dibelanya sejak dari kecil, malah pelakon berusia 37 tahun itu menganggap keduanya seperti anak daripada darah dagingnya sendiri. Umie, dia tidak dapat menyembunyikan rasa terkilannya kerana Mohd. Dzulhelmy dan Mohd. Daniel Firdaus tidak dapat menyaksikan saat dia diijabkabulkan Ahad lalu di Mekah.

Isnin, 15 Mac 2010

Karisma melahirkan anak


Bintang terkenal Bollywood Karisma Kapoor telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki di Hospital Breach Candy pagi semalam. Sementara anak pertamanya Samaira kini telah berumur enam tahun.
Sepanjang kariernya sebagai pelakon, Karisma telah berjaya melakonkan beberapa watak dalam filem Raja Hindustani, Hero No.1 dan Dil To Pagal Hai. Kawan baik Karisma, Farah Khan Ali turut mengucapkan tahniah melalui laman sosial twitter.
"Karisma Kapoor telah melahirkan bayi lelaki yang comel. Tahniah buatnya dan keluarga," kata Farah.

Umie nikah


Datin Paduka Umie Aida akhirnya selamat dinikahkan dengan tunangnya Datuk Paduka Khairuddin Abu Hassan pada 14 Mac baru-baru ini di tanah Suci Makkah, Masjidil Haram. Acara pernikahan yang dibuat dihadapan kiblat umat Islam itu diadakan dengan dihadiri oleh keluarga terdekat kedua-dua pihak. Sekarang Umie Aida dah pun menjadi isteri dan juga berstatus Datin. Semoga bahagia hingga ke akhir hayat.