Khamis, 18 Mac 2010

Rozita Che Wan selesa seksi


Penampilan Rozita Che Wan sekarang sudah semakin seksi berbanding di awal kemunculannya dahulu. Dahulu, pelakon berstatus janda ini jarang memakai pakaian pendek, tetapi kini dia nampak selesa mengenakan skirt atau gaun yang menyerlahkan kedua belah kakinya. Malah, pelakon jelita ini juga sering mengenakan pakaian ketat sehingga menyerlahkan bentuk badannya.“Mungkin orang tidak perasaan dengan saya dahulu. Entahlah, saya pun tidak tahu hendak komen macamana. Saya ni suka ikut ‘mood’ dalam berpakaian. Sekarang ini ‘mood’ saya memang hendak pakai skirt sahaja, sebab itu kalau pergi mana-mana acara, saya akan pakai skirt. Kalau orang kata saya terlampau seksi, saya tidak setuju. Penampilan saya biasa sahaja. Lagipun, saya tahu batasnya. Paling penting, saya selesa dengan penampilan saya sekarang ini,” jelas Rozita.Terlanjur bercerita tentang cantik, pelakon yang terkenal dengan bulu mata palsu ini juga sempat memberitahu yang dia langsung tidak kisah dengan cakap-cakap yang mengatakan dia sering mengenakan mekap tebal.“Biarlah orang hendak kata saya mekap tebal pun, saya tidak kisah dengan semua itu. Apa yang hendak saya lakukan kepada wajah saya, itu hak saya. Sebagai seorang artis saya perlu jaga penampilan. Lagipun, saya tidak kacau orang lain. Jadi, biarkan orang berkata. Itu hak mereka,” ujar Rozita yang mengakui dia seorang yang cerewet dalam pemakaian dan solekan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan