Isnin, 7 Jun 2010

अज़ीज़ निकाह dah


PENGARAH filem dan drama popular Aziz M. Osman pernah berhadapan dengan pelbagai liku dalam kehidupan rumah tangganya sebelum ini.
Setelah mahligai yang dibina bersama pelakon yang juga produser Nur Aliah Lee atau Vee selama 15 tahun runtuh tiga tahun lalu, Aziz sekali lagi diuji apabila perkahwinannya dengan Nor Radhiah Ramli musnah sekelip mata selepas perkahwinan mereka dibatalkan kerana ustazah dari Terengganu itu dilaporkan masih dalam tempoh edah ketika bernikah dengan Aziz.Dua tahun peristiwa itu berlalu, hati pengarah filem XX Ray ini kembali 'berbunga' setelah bertemu dengan buah hati yang kini sah bergelar surinya, Puteri Lily atau nama sebenarnya Puteri Sarbainun Lokman, yang berusia 21 tahun itu.Aziz,48, dan Puteri Lilly selamat diijabkabulkan di Masjid Negara semalam. Dengan sekali lafaz, dia sah menjadi suami kepada Puteri Lilly. Upacara akad nikah dilakukan sendiri oleh bapa pengantin perempuan, Lokman Ghani hadapan Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk Jabatan Agama Islam Wilayah (Jawi) Abdullah Hashim serta ahli keluarga

Tiada ulasan:

Catat Ulasan