Rabu, 16 Jun 2010

haiiiiiiiiii


HAMPIR semua akhbar hujung minggu memaparkan kisah Tiz Zaqyah menjadi penggoda. Dia juga dikatakan berebut lelaki dengan Fasha Sandha. Pelakon muda ini tidak cepat melenting apabila ditanya perkara itu. Malah sepanjang perbualan dengan Hip, suara Tiz yang namanya mula dikenali menerusi drama Nurkasih, ini cukup tenang. Baginya, sejak ada angin lintang yang membawakan perkhabaran kononnya dia seorang yang miang apabila cuba mengganggu kekasih pelakon terbabit dengan menghubungi jejaka itu menerusi telefon pada jam 4 pagi untuk tujuan melepak, dia sudah bersedia untuk berdepan dengan apa saja kemungkinan.Memegang prinsip berani kerana benar, Tiz Zaqyah berkata tidak ada apa perlu yang disembunyikan kerana dia tidak pernah melakukan perkara seperti yang dihebohkan
Hip: Apakah benar Tiz ada menghubungi kekasih Fasha pada jam 4 pagi seperti yang dihebohkan ketika ini?
Tiz: Tidak. Saya tidak pernah melakukan perkara itu. Saya mendapat tahu mengenai gosip ini pun apabila ada seorang teman memberitahunya. Memang terkejut kerana perkara itu tidak benar sama sekali. Saya sendiri hairan bagaimana gosip seperti ini boleh timbul.
: Tiz kenal dengan lelaki yang digosipkan dengan Tiz itu?
Tiz: Ya, saya kenal dan kami pernah keluar beramai-ramai dengan kawan-kawan lain termasuk Fasha sendiri. Disebabkan kami adalah kawan, mana mungkin saya tergamak untuk mengkhianati kawan sendiri.
Hip: Jika betul Tiz tidak melakukan perkara itu, Tiz berani untuk bersemuka dengan Fasha untuk menjelaskan perkara yang sebenar.
Tiz: Saya tak ada masalah dengan Fasha. Sejak mengenalinya beberapa bulan lalu, saya anggap Fasha macam kawan-kawan saya yang lain. Mungkin saya bertemu dengan Fasha untuk bertanyakan perkara ini tetapi bukanlah untuk masa terdekat ini. Tidak perlu tergesa-gesa kerana ia memang tidak pernah berlaku.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan