Isnin, 28 Jun 2010

Jodoh


PERKENALAN penyanyi Aishah dengan suami, Faizal Sazali Zulkifli (gambar) hanya berlangsung dalam tempoh seminggu.Tetapi dek kerana jodoh, ia tidak menghalang duda beranak enam itu untuk memperisterikan Aishah pada 30 April lalu dalam tempoh perkenalan yang singkat.Bak kata Aishah atau nama sebenarnya Wan Aishah Wan Ariffin,45, dia menerima jodoh secara ‘ekspres’ itu kerana ia sudah menjadi ketentuan Allah.
“Menurutnya, tidak ramai yang mengetahui tentang perkahwinan mereka melainkan orang terdekat sahaja.
“Kami mahu cepatkan pernikahan supaya terhindar daripada fitnah kerana kami selalu bersama-sama ke mana-mana. Lebih baik bernikah, jauh dari melakukan maksiat,” jelasnya mengenai perkahwinan ketiganya itu.
..amin akhirnya bertemu jodoh juga.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan