Ahad, 4 Julai 2010
cutenya
PENGACARA dan pelakon Serina Redzuawan memang terkenal dengan celoteh dan keramahannya seperti bapanya, chef selebriti tersohor, Datuk Chef Wan.
Namun, jangan ada yang tidak tahu, wanita yang sedang hamil bayi lelaki hampir enam bulan itu akan menjadi pendiam apabila bersama-sama suaminya, Gavin Edward O'luanaigh atau nama Islamnya Salahudin Ghafar.
“Saya akan menjadi pendiam bila dengan suami kerana kami lebih suka menumpukan kepada aktiviti yang dilakukan seperti berenang dan bermain PS2,” katanya semasa majlis sambutan hari lahir abangnya, Chef Riz.
Pelakon drama Akademi Polis dan Roda-Roda Kuala Lumpur itu juga tidak terlalu manja dan menyuruh suaminya mendapatkan makanan jika mengidam.
“Saya tak pernah minta dia belikan apa-apa makanan Melayu sebab suami saya tidak mengetahui tentang makanan itu. Misalnya kalau saya mengidam mangga muda, mesti dia akan bertanya semula kepada saya bagaimana hendak mencari makanan itu.
“Jadi, saya lebih selesa untuk mencarinya sendiri. Tetapi setakat ini, suami ada membelikan makanan semasa saya mengidam hendak makan spaghetti bolognese,” katanya yang hadir bersama ibunya, Norhayati Ayob.
Serina “Saya juga mengemas rumah dan memasak sendiri. Sesibuk mana pun, saya perlu melakukan tanggungjawab sebagai seorang isteri dan pastikan makan, pakai suami saya cukup,” ceritanya penuh ramah.Dalam teruja menantikan kelahiran bayi sulungnya itu, Serina sudah mula sedikit demi sedikit memikirkan tentang persediaan sebelum dan selepas bersalin.“Walau sakit macamana sekalipun, kalau boleh saya nak bersalin secara normal,” tuturnya.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan